multi level marketing-MLM=isap darah kawan
1.0 Pastinya semua pernah mendengar tentang Bisnes MLM. Bisnes direct selling yang mengutamakan sistem network dalam urusan jualan. Apa pula kaitan bisnes ini dengan tajuk di atas?
2.0 Apabila seseorang itu telah memasuki bisnes ini dengan perasaan berkobar2 untuk mendapat untung, bonus dan komisyen yang dijanjikan, mereka-mereka ini akan mencari networking. Mangsa yang paling dekat adalah kawan2 di persekitaran mereka. Walaupun secara teorinya tidak memaksa, tetapi cara halus yang digunakan cukup mengguris perasaan. Dalam menyampaikan fakta dan kebaikan tentang bisnes yang mereka ceburi, tidak sedikit pun menerangkan tentang keburukan. Jelasnya di sini, mereka bukan menjual barang, tetapi menjual sistem. Mengaut bonus dari downline atau bahasa melayunya Menghisap darah daripada rakan yang telah dipujuk dan diuar- uarkan tentang kebaikan itu dan ini.
3.0 Untuk meneruskan kelangsungan bonus dan komisyen, mereka perlu terus mencari mangsa untuk memasuki sistem tersebut dengan mengeluarkan sejumlah pelaburan ataupun modal.
4.0 Mangsa Paling lazat dan enak dagingnya adalah golongan kakitangan kerajaan. Kerana Apa? Semestinya kerana golongan ini adalah golongan yang mudah untuk membuat pembiayaan peribadi di bank-bank. kakitangan kerajaan ini tidak sukar untuk melabur dengan sejumlah modal yang besar kerana kemudahan pinjaman tersebut.
5.0 Di sini aku ingin menyelitkan sedikit pengalaman kawan aku yang pernah duduk mendengar penerangan tentang hebatnya bisnes MLM mereka2 ini, atas nama kawan.
6.0 Pada mulanya kawan aku tidak menjangka pelawaan untuk minum2 sambil borak2 bertukar menjadi medan bisnes MLM. Atas nama kawan yang sudah lama tidak bertemu muka dan bertanya khabar berita, kawan aku dengan penuh semangat ingin berjumpa dan berkongsi cerita2 darinya. Tapi apakan daya, MLM yang diberi keutamaan menjadi tajuk muka depan perbualan antara mereka. Lebih kurang 1 jam mendengar penerangan darinya walaupun hati murka. Kawan aku menolak tawarannya untuk menjadi downline atas prinsipnya. Pulang ke rumah dengan penuh kecewa.
7.0 Ada juga jenis mereka2 ini yang mula mengaku kawan apabila ingin menarik dan memujuk menjadi downline. Selepas melalui pengalaman pertama tadi, kawan aku tidak menolak permintaan untuk mendengar penerangan MLM lagi dari sesiapa pun. Tapi mengenakan syarat, perlu ada makan, minum dan rokok sekotak dan tidak berjanji untuk masuk. Hanya mendengar. Bisnes perlu modal bukan? jika ada 10 orang yang ingin memberi penerangan maka kenyang la perut kawan aku hari itu. Itu sahaja cara untuk mengenakan meraka2 ini yang gah dengan slip2 income bulanan yang beribu2.
8.0 Sikap meraka2 ini secara tidak langsung akan merenggangkan hubungan persahabatan, dan lebih memburukkan keadaan akan putus di tengah jalan angkara sifat, sikap dan perangai mereka yang mengecewakan.
9.0 Apa yang kawan aku nyatakan adalah daripada pengalaman benar kawan aku, mungkin tidak semua seperti itu, tetapi majoritinya seperti itu. Tidak salah berniaga asalkan jangan sampai tidak tahu membezakan erti kawan dan pelanggan,masa berborak dan masa berniaga...