Apa Itu Muzik Indie??

1.0 Industri muzik malaysia (mainstream) dalam setahun dua ini mula digegarkan dengan kemunculan pemuzik2 muda yang membawa muzik yang jarang didengar oleh rakyat jelata. Menggelarkan diri mereka sebagai indie band or pemuzik indie.

2.0 Apa itu Indie?? Indie adalah singkatan perkataan bahasa Inggeris 'Independent'. Dalam bahasa melayunya bermaksud BEBAS.
Maksud bebas ini adalah dari semua segi termasuklah dalam pemilihan muzik dan influence, penciptaan lirik, identiti, attitude, labels etc. Pendek kata semuanya ditentukan oleh kepala mereka sendiri dalam berkarya. Indie itu sebenarnya terlalu umum. jika dihalusi lagi sebenarnya yang perlu kita ketahui ialah apa muzik yang mereka bawa. Band dangdut juga boleh menjadi indie jika ada attitude indie tersebut. contohnya band dangdut yang memasukkan element hardcore dalam muzik dangdut. Itu juga dah di kira indie. So, janganlah kita menyempitkan kepala kita bahawa indie itu muzik baru.

4.0 Jika seseorang itu dah biasa mendengar muzik2 dan band2 dari UK or US, mereka tidak akan terkejut mendengar muzik2 band indie ini. Sebabnya muzik band ini sebenarnya masih berpaksikan muzik dan influence dari US dan UK.

3.0 Kewujudan Band2 yang beraliran indie ini sebenarnya sudah lama bertapak di Malaysia. Mereka bergerak di bawah tanah(underground). Mempunyai peminat dan khalayak sendiri. Album, EP, Demo etc semuanya bergerak di bawah tanah. Jika dahulu maklumat2 tentang band2, aktiviti, etc hanya boleh didapati daripada flyers, newsletter and zine. Sekarang, dunia IT yang semakin canggih memudahkan rakyat jelata untuk mengikuti perkembangan mereka ini. Tetapi kerana industri muzik Malaysia yang dikuasai oleh band2 dan labels2 yang mainstream, so rakyat jelata agak kurang didedahkan.

4.0 Perlu diingatkan Indie bukanlah aliran muzik. Tetapi hanyalah satu attitude. Maaf jika artikel ini kurang detail. Hanya ringkasan dan aku padatkan agar mudah dibaca.